PUTERI ANDALAS

puti-andalas2 Tanpa-Mu-Di-sisi Cinta-Seindah-Madah Yang-Terluah

Hasil tulisan Ruhayah Mahmod wanita kelahiran Singapura ini mula dikenali melalui cerpen-cerpen dan kini beliau menggunakan nama pena Puteri Andalas. Semangat menulis melonjak setelah beliau berjaya memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Cerpen Remaja. Beliau menghasilkan 3 buah novel "Tanpamu Di Sisi", "Cinta Seindah Madah" dan "Yang Tak Terluah" bersama dengan Kaki Novel Enterprise.

EITA ASHYTA

Eita_Ashyta Kasih-Seharum-Lavender

Eita Ashyta dilahirkan pada tahun 1980 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Dua adik-beradik dan beliau adalah anak sulung kini menetap di Bukit Mertajam bersama keluarga tersayang. Novel “Kasih Seharum Lavender” adalah novel sulung beliau dan juga novel sulung beliau bekerjasama dengan Kaki Novel. Enterprise. Sebagai penulis baru, beliau berharap agar pembaca dapat menerima karyanya yang pertama ini dan memuaskan hati semua pembaca.

DINA NAJAT

Dina_Najat Cinta-Lukisan-Jiwa Seteguh-Kasih

Dina Najat dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Anak kedua daripada tiga beradik ini menganggap buku sebagai teman paling setia sejak kecil. Novel pertama beliau, Cinta Lukisan Jiwa dilahirkan bersama Kaki Novel Enterprise. Beliau kembali dengan novel keduanya:- Seteguh Kasih Aina Najihah yang membawa mesej kehidupan dan kemasyarakatan.

HANI SOFEA

Hani-Sofea-1 gerhana-hati-lara

Hani Sofea merupakan nama pena kepada Nor’Aini Mohamed Noor, ibu kepada tiga cahaya mata kepada sebuah keluarga yang bahagia. Beliau mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya iaitu Pasir Mas, Kelantan. "Gerhana Hati Lara", yang merupakan garapan sulung beliau bersama Kaki Novel Enterprise setelah tiga tahun menyulam harapan.

NASS ALINA NOAH

Nass_Alina_Noah Selamat-pengantin-baru-isteriku

Nass Alina Noah atau nama sebenar beliau Wan Nor Arsalina Wan Yunoh berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Nama Beliau sudah tidak asing lagi di kalangan peminat-peminat novel kerana beliau telah banyak menghasil karya sebelum ini. "Selamat Pengantin Baru Isteriku" adalah buah tangan pertama beliau dengan Kaki Novel Enterprise. Selami kisah cinta antara Adam dan Qisti yang pasti menyentuh hati anda.

HAIZA NAJWA

Haiza_Najwa Kasih-Villa-Cinta

Haiza Najwa dilahirkan pada 2hb Mei 1960 kini menetap di Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. Beliau bermula dengan menulis cerpen pada tahun 1980 di New Thrills, Jelita dan Remaja kemudian beliau mula menghasil novel pada tahun 2005. "Kasih Vila Cinta" adalah kerjasama pertama beliau bersama Kaki Novel Enterprise pada tahun 2009.

HANNI RAMSUL

Hanni_Ramsul Biarlah-YM-BerbicaraPergilah-Air-Mata

Hanni Ramsul atau nama penuhnya Rohani Binti Sulong dilahirkan pada tahun 1978 di Terengganu dan kini menjadi orang warga selangor bersama keluarga tersayang, suami dan seorang anak perempuan yang menjadi penyeri rumahtangga beliau."Biarlah YM Berbicara" adalah buah tangan pertama beliau bersama Kaki Novel Enterprise dan kemudiannya beliau menyusul dengan novel kedua, "Pergilah Air Mata" yang pasti menyentuh perasaan anda.

EZI AFIZA

Ezi_Afiza Kerana-Cinta

Ezi Afiza berbintang Capricon telah dilahirkan dua puluh lapan tahun yang lalu. Beliau pada mulanya hanya suka-suka menulis ketika berada di alam sekolah menengah. "Kerana Cinta" merupakan novel ketiga beliau dan buah tangan sulung beliau dengan Kaki Novel Enterprise. Keindahan panorama Pulau Perhentian telah menggamit beliau untuk menghasilkan "Kerana Cinta".

ADILLA TASHA

Adilla_Tasha siapakah_dihatiku Dosa-Semalam

Adilla Tasha atau lebih di kenali sebagai pelangi pagi05 adalah satu nama yang baru dalam bidang penulisan ini. Nama sebenar beliau adalah Fazilah  Binti Md Nor Beliau dilahirkan di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Baru, Melaka. Anak kelima dari lapan adik beradik. Kini menetap bersama keluarga di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. "Siapakah Di Hatiku" adalah novel pertama beliau yang diterbitkan bersama Kaki Novel Enterprise.

Adilla Tasha juga boleh dihubungi melalui This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dan www.andaiadawaktu.blogspot.com

AREILA SAHIMI

Areila_Sahimi Baju-Pengantin-Mak-Andam2X5 Iman-Suraya

Areila Sahimi atau nama sebenarnya Nurul Azalila Binti Ahmad Sahimi dilahirkan pada 6 Januari 1986, Ipoh, Perak. Berpendidikan Sek. Keb. Kg Pasir Puteh, Ipoh, Sek. Men. Kebangsaan Kg Pasir Puteh, Ipoh, ACS Ipoh dan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Di dalam dunia penulisan maya, pembaca lebih mengenali beliau dengan nama 'akubintangbiasa'. Beliau telah menghasilkan tiga buah novel bercetak yang bertajuk "Baju Pengantin Mak Andam", "2x5" dan Iman Suraya bersama Kaki Novel Enterprise.

TIANA ARESYA

Tiana-Aresya Akhirnya-Ku-Temui

Tiana Aresya atau nama sebenarnya Arzman Bin Saad. Berasal dari Pantai Remis, Perak dan lahir tanggal 1 September 1978.Kisah “Akhirnya Ku Temui” ini adalah sebahagian dari kisah  yang telah beliau lalui dan hanya ada beberapa tokok tambah untuk menceriakan lagi kisah ini.

ARYANIE ISMAIL

Aryanie_Ismail_copy Ingin-Ku-Sentuh-Cintamu

Rabul Yani Binti Ismail atau nama penanya Aryanie Ismail dilahirkan di Medan, Indonesia pada 15 Jun 1979. Menetap dan dibesarkan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Petaling, Kuala Lumpur. Beliau bekerja sambil belajar di Rima College setelah tamat SPM. Mula menulis ketika di bangku sekolah menengah hanya untuk suka-suka dan koleksi sendiri. "Ingin Kusentuh Cintamu" adalah novel karya pertama beliau diterbitkan bersama Kaki Novel Enterprise.

DIANA DERIN

Diana_Derin Sangkar-Cinta

Diana Derin atau nama sebenarnya Siti Khadizah Mohd Derin berasal dari Kg Kimanis Papar, Kota Kinabalu, Sabah. Anak kedua dari lima adik-beradik. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang penulisan sejak usia remaja, seawal 13 tahun. Selain aktif dalam penulisan puisi dan cerpen, juga terlibat dalam penulisan skrip Drama Radio, menjadi pelakon Drama Radio, pementasan teater dan  pernah menjadi wartawan bebas. "Sangkar Cinta" adalah buah tangan pertama beliau bersama Kaki Novel Enterprise.

HASLIZA ISMAIL

Hasliza_Ismail Kapal-Terbang-Kertas Mencari-Jalan-Ke-Syurga

Noor Hasliza Binti Ismail atau nama penanya Hasliza Ismail menulis sejak 10 tahun sebagai satu hobi dan juga koleksi peribadi. Beliau dilahirkan pada 5 Julai 1976 dan kini berusia 34 tahun. Berpendidikan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Sri Manjung, Perak dalam bidang Sains Kesetiausahaan. Nukilan pertama beliau "Kapal Terbang Kertas" untuk tatapan semua dengan kerjasama beliau bersama Kaki Novel Enterprise dan kini beliau kembali bersama karya kedua beliau "Mencari Jalan Ke Syurga" yang telah berada di pasaran Mei lalu.

SHASFA ALYAHYA

Shasfa_Alyahya Hot-Gimiick

Shasfa alyahya adalah anak jati kelahiran Kelantan Darul Naim. Kini sedang mengikuti Pra Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPGM Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Anak ketiga daripada enam beradik ini mula berkarya sejak berada di sekolah rendah lagi. Tetapi beliau mula serius menulis sewaktu melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah. Hot Gimmick adalah karya pertama beliau bersama Kaki Novel Enterprise.

LYNN ALLYNA

Lynn_Allyna Sepupuku-SuamikuHati-Bila-Cinta

Novel Sepupuku Suamiku adalah novel sulung nukilan penulis yang berasal dari Dungun, Terengganu ini. Penulis berusia dua puluh tiga tahun ini adalah anak sulung daripada empat orang adik beradik.  Menggunakan nama pena Lynn Allyna, beliau sangat meminati bidang penulisan dan mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan sejak di bangku sekolah menengah dengan menulis cerpen dan novel pendek. Kini beliau kembali dengan karya kedua beliau bersama Kaki Novel Enterprise, Hati Bila Cinta.

SHARINA ELISA

Sharina-Elisa Tenggelamnya-warna-pelangi

Sharina Elisa dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu pada 23 November 1989. Beliau merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik. Dorongan daripada keluarga dan para sahabat mendorong menguatkan lagi semangat beliau untuk menghasilkan novel Tenggelamnya Warna Pelangi bersama Kaki Novel Enterprise. Harapan beliau semoga para pembaca sudi meluangkan masa untuk membaca karya beliau dan pesanan dititipkan agar kita lebih menghargai insan tersayang seperti yang terkandung dalam karya beliau ini.


Sebarang komen boleh terus di emelkan di: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

IMAN NIZRINA

Iman-Nizrina-3 Jodoh-Atau-Cinta
Iman Nizrina atau nama sebenar beliau adalah Hazia Binti Abdul Alim. Lebih mesra dipanggil Iman. Lahir pada 29 Oktober 1987. Penuntut tahun akhir Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor. Mempunyai hobi membaca dan melancong. "Jodoh Atau Cinta" adalah karya pertama beliau dan komen-komen dari pembaca mendorong beliau untuk terus menulis.

Blog: www.kisah-hidup-iman.blogspot.com.

IDA FARISYA

Ida_Farisya Antara-Benci-Dan-Rindu

Ida Farisya atau nama sebenarnya Noor Hidayah Binti Othman dilahirkan pada 15 Mac 1987. Berasal dari Kuala Sanglang, Kedah. Kini sedang berada di tahun akhir dalam jurusan perakaunan di Universiti Utara Malaysia. Minat dalam bidang penulisan lahir apabila masanya banyak dihabiskan dengan membaca karya-karya penulis lain. Semoga Antara Benci Dan Rindu ini akan mengubat kerinduan penggemar novel terhadap karya-karya terbaharu.

ILYA ABDULLAH

Ilya_Abdullah Ku-Intai-Cinta-Di-Dalam-Rahsia Coke-And-Sundae

Ilya Abdullah atau nama sebenar Suhaila Binti Abdullah ini dilahirkan pada 2 Mei 1981 dan berbintang Taurus ini berasal dari Perak Darul Redzuan. Merupakan anak keenam dari Sembilan orang adik-beradik.Bermula dengan Ku Intai Cinta Di Dalam Rahsia dengan menggunakan nama pena Qurratu' Ain. Kini beliau menerbitkan sebuah lagi novel keduanya Coke And Sundae bersama Kaki Novel Enterprise. Semoga kisah cinta Azyan dan Syakir menghiburkan hati anda.

Email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Blog : http: //IlyaAbdullah.blogspot.com

IMIAS FARHANI

Imias_Farhani Jauhari-Di-Hatiku

Imias Farhani atau nama sebenarnya Siti Farhan binti Mohamed adalah anak jati kelahiran Bachok, Kelantan. Anak kedua daripada lapan beradik ini gemar menghabiskan masa lapang beliau dengan menulis, membaca dan beriadah. JAUHARI HATIKU merupakan novel pertama beliau dengan Kaki Novel Enterprise. Walaupun sibuk dengan tugasan beliau di TM, namun beliau masih berkesempatan berkarya.


Untuk sebarang komen yang membina dan maklum balas untuk novel ini, silalah e-melkan kepada beliau di:-
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

MULIATI ABDUL

Muliati_Abdul Qantan-Biru-LangitKirimkan-Aku-Malaikatmu

Dilahirkan pada 7 Disember 1983 di Jambi, Indonesia dengan nama Muliati Binti Abdul. Memulakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Lapan sebelum mengakhiri zaman persekolahan di Kolej Olympia dalam jurusan perakaunan. Harapan beliau, semoga novel kedua dengan Kaki Novel Enterprise ini bakal menyentuh jiwa pembaca dan dalam masa yang sama bisa terhibur membaca Kirimkan Aku Malaikatmu Selepas novel pertamanya Qantan Biru Langit.

PUTERAERY USSIN

putraery You-NiAyat-Ayat-Jiwa

Puteraery Ussin dilahirkan pada tanggal 18 Januari 1977 dan dibesarkan di Kampung Ulu Tawar, Karangan, Kulim, Kedah. Beliau berkelana menuntut ilmu di  Universiti Sains Malaysia. Dan kini bertugas sebagai guru di MRSM Pendang, Kedah. Berbekalkan semangat, minat dan usaha yang Allah kurniakan, beliau menghasilkan naskhah sulung bersama Kaki Novel Enterprise, You ni...Ayat-Ayat Jiwa. Harapan beliau agar novel sulungnya ini dapat diterima oleh semua peringkat pembaca.

Untuk sebarang komen yang membina dan maklum balas untuk novel ini, silalah e-melkan kepada beliau di: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

DZIE TYEA

Dzie-Tyea Sesuci-Kasih-Seorang-Isteri

Dzie Tyea, atau nama sebenarnya Siti Rudziah Jukim adalah nama baru di dalam arena penulisan.Minat dan impian membawa anak kesembilan daripada dua belas orang bersaudara dari Beaufort, Sabah ini kepada penghasilan karya sulungnya."Sesuci Kasih Seorang Isteri" adalah buah tangan sulung beliau dengan Kaki Novel Enterprise.

NIA ARISSA

Nia_Arissa_copy Penjara-Rindu

Umi Sara atau nama penanya Nia Arrissa adalah puteri keempat kepada Encik Sahibon dan Puan Junaidah.  Beliau di lahirkan dan di besarkan di Selangor. Berstatuskan seorang isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata, kini beliau menetap di Kedah bersama keluarga tersayang. Dari alam cyber, beliau memulakan langkah  yang pertama. Di situ bermulanya pengembaraan beliau bersama ‘Penjara Rindu’. Kini, dengan hasil kerjasama beliau bersama Kaki Novel Enterprise, ‘Penjara Rindu’ akhirnya dapat di bukukan.

HARUNO HANA

Pic-Haruno-Hana Lovin--You

Haruno Hana…hadir di muka bumi ini pada 19 Ogos 1994, dua hari selepas hari lahir abahnya. Anak jati kelahiran Kelantan ini amat meminati Kpop dan Jpop, terutamanya kumpulan TVXQ. Abah dan mama merupakan sumber inspirasi beliau menulis Lovin’ You, walaupun teruk disakat oleh abahnya. Harapan beliau semoga hasil tangan sulung ini boleh diterima oleh semua golongan pembaca.

Titipkan maklum balas yang membina di:- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

NOZI DANISYA

Pic-Nozi-Danisya Akulah-Cinderella

Nozi Danisya, atau nama sebenarnya Nor Zilawati Binti Ismail terhasil sempena nama beliau sendiri, Nozi (Norzilawati) dan dua hero kesayangan beliau, Danisya (Danish dan Syameer). Beliau kini menetap di Perak bersama keluarga tercinta. Beliau mengorak langkah dengan menghasilkan Akulah Cinderella dan dihantar ke Penulisan2u.my. Alhamdulillah, sudah dinamakan rezeki, Akulah Cinderella mendapat keyakinan daripada pihak Kaki Novel Enterprise untuk dibukukan.

Jangan segan-silu untuk singgah di blog beliau di http://cetusanhati-danisya.blogspot.com/.

bel-on

bgmoduletableh3

MENANTU_VS_MERTUA_1GUY_NEXT_DOOR_1AKADKU_YANG_TERAKHIR_1MUNGKINKAHCINTAI_AKU_BOLEHDI_WEBSITE

Pembayaran

Untuk pembelian novel, sila membuat pembayaran ke salah satu akaun bank kami di bawah :

acc_baru

nmk3

manuskrip

rght_bn_pengu


R-FCBOOK

twitkn

knblggr


kanan_bn1