
CINTA ITU MILIKKU
ISBN:-978-967-5067-53-2
JUMLAH MUKA SURAT:- 688
SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00
Sinopsis:-
Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga tanpa pengetahuan Athirah dan Mikhail. Sebagai anak yang mengenang jasa orang tua, Athirah menerima pernikahan itu dengan reda tetapi tidak bagi Mikhail. Perempuan yang telah sah menjadi isterinya itu hanya beban buat dirinya.
Athirah memendam rasa sebaik sahaja menyandang gelaran isteri. Maruahnya bagai dipijak-pijak apabila sang suami berlalu begitu sahaja selepas upacara akad nikah. Walau apa pun perbuatan Mikhail terhadap dirinya, Athirah tetap sedar akan kedudukannya sebagai seorang isteri. Maruahnya sebagai isteri tetap dijaga dengan rapi.
Tanpa diduga mereka telah dipertemukan...Malangnya Athirah tidak kenal siapa Mikhail bagi dirinya dan begitulah juga dengan Mikhail. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku sepanjang minggu orientasi hanya melahirkan bibit-bibit pertengkaran dan bermasam muka. Pantang bertemu mata, ada sahaja yang tidak kena antara mereka. Athirah benci dengan sikap Mikhail yang suka membuli manakala Mikhail geram dengan sikap Athirah yang sering tidak mendengar kata.
Rahsia siapa Mikhail bagi diri Athirah terbongkar tanpa disengajakan. Setelah tahu Mikhail itu adalah suaminya, Athirah melancarkan beberapa strategi untuk menambat hati suaminya. Apabila kasih sayang dan cinta Mikhail ternyata miliknya, cinta mereka diuji dan diuji hingga Athirah rasakan hidup bersama Mikhail sudah tidak ada ertinya lagi. Lalu dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi.

ANDAINYA BUKAN UNTUKKU
ISBN:-978-967-5067-41-9
JUMLAH MUKA SURAT:- 640
SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00
Sinopsis:-
Dania diperangkap oleh rakannya sendiri yang menyebabkan dia dan peguam muda yang mengendalikan urusan harta keluarganya, Faeiz dinikahkan. Demi menutup malu, Tahir (abang Dania) memutuskan untuk mengusir Dania keluar dari rumahnya. Maka, hiduplah Dania dan Faeiz dengan cara masing-masing.
Faeiz kemudiannya berkeputusan untuk menghantar Dania tinggal bersama Ilyana, kekasihnya tanpa ketahuan Ilyana yang Dania itu adalah isteri Fariez. Rahsia tersebut terbongkar apabila Dania mengundur diri dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita. Niatnya hanya untuk memberi laluan kepada Ilyana yang dirasakan lebih layak untuk membina mahligai bahagia bersama Faeiz. Namun, Faeiz tidak pernah bahagia meskipun perkahwinannya dengan Ilyana terbina memang atas kehendaknya dan bersama wanita pilihannya. Fariez rasa amat bersalah kepada Dania. Sementelah dia tidak berjaya mencari Dania untuk membetulkan semula keadaan mereka.
Bertahun kemudian, Dania dan Faeiz bertemu semula. Pada waktu itu, Firdauz dan Qaseh Rania sudah pun wujud dalam hidup Dania.
Sinopsis:
Kisah dari alam percintaan dibawa hingga kisah berumah tangga. Kalau dulu Coke dan sundae bertegang urat dan bermusuhan kini mereka sudah duduk sebumbung. Kini Azyan sudah bergelar isteri kepada Doktor Muhammad Syakir a.k.a cicak kobeng. Rumah tangga mereka bertambah serinya setelah mempunyai cahaya mata tanda ikatan kasih mereka, Ameerul Hasif yang keletahnya memang memeningkan kepala pasangan suami isteri itu.
Ingatkan aman sampai ke tua, rupa-rupanya ada juga ujian untuk Azyan dan Syakir. Dalam dok tengah syok layan kerukunan rumah tangga, mereka menjadi kalut dengan kehadiran Katrina Kaif a.k.a Kareena Kapoor yang menggoda suami kesayangan Azyan, Syakir. Si Katrina ni siap main bomoh Mak Esah sebab sudah tergila-gilakan Syakir. Huh! Dahsyat perempuan tu. Habis haru-biru kehidupan Azyan dek penangan Kareena Kapoor celup tu. Azyan tak puas hati. Lelaki kemain ramai dalam dunia ni, tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan perempuan seorang itu. Lebih menghuru-harakan keadaan yang sememangnya sedia kalut itu apabila Syakir mengatakan yang dia mahu bernikah dengan Katrina pula. Azyan macam nak pengsan!
Hati Azyan berlagu walang. Dalam tengah bersedih hati memikirkan si suami bakal menikah lagi satu, muncul pula Encik Ikhwan dan Zaril yang kacau daun, konon-kononnya mahu menjadi penghibur lara di hati Azyan. Boleh pula jadi macam ni ye?
Tetapi, apa yang pasti Ameerul tidak rela berbapa tiri dan bermak tiri. Hmmm… Azyan, Syakir pandai-pandailah korang settlekan masalah ni.
Syakir: “Sumpah! Abang memang minat pelakon Kareena Kaapor tu tapi abang tak minat Katrina Kaif.”
Azyan: “Samalah tu, dua-dua pelakon Hindustan! Hantar Yan balik rumah ayah!”