Anaknya Anakku Jua

Anaknya Anakku Jua

RM22.00
Stok-penuh_copy
ISBN: 978-967-5067-78-5
SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00

Sinopsis:

Apakah perasaan anda sekiranya anda terpaksa memelihara anak bekas kekasih anda? Itulah yang perlu didepani oleh Nisa’. Sudahlah semuanya berlaku dengan sekelip mata, terpaksa pula menghadapi kekasih yang sarat dengan perasaan cemburu dan umi yang sangat tegas lagi garang orangnya. Mujurlah ada abah dan Mala yang menyokongnya.

Daniel tidak boleh menerima kehadiran Hana di antara dirinya dan Nisa’. Padanya, bayangan Badri dalam bentuk Hana menggugat kasih sayang Nisa’ terhadapnya. Tertekan dengan sikap tidak matang Daniel, Nisa’ nekad memutuskan cinta mereka. Dia pasrah dengan kehendak takdir kerana sayangnya pada Hana mula menggebu. Hana adalah keutamaannya.

Tidak mahu kehilangan Hana, Nisa’ ingin menjadikannya anak angkat yang sah. Namun, status bujangnya mengekang proses tersebut daripada berlaku. Nisa’ perlu berkahwin untuk memiliki Hana sepenuhnya. Kehadiran Irfan merupakan penyelamat kepada Nisa’. Harapannya untuk mengambil Hana sebagai anak angkat menjadi cerah. Namun, perkahwinannya dengan Irfan bersyarat. Selepas mereka menikah, mereka akan bercerai. Dan Hana akan kekal berada di bawah jagaannya.

Tetapi rancangan mereka ini harus dirahsiakan, terutamanya daripada pengetahuan umi. Umi masih belum dapat menerima kehadiran Hana sebagai ahli keluarganya.

Rancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Nisa’ hampir-hampir boleh menarik nafas lega. Namun, kehadiran Shila yang tidak dialu-alukan oleh Irfan perosak segala-galanya.

Bagaimanakah Nisa’ dan Irfan menyelesaikan kemelut yang mengepung rumah tangga mereka sementelah mereka mula saling menyayangi? Bagaimana pula dengan umi? Bisakah dia menerima Hana sebagai cucunya? Shila… kenapa dia perlu menjadi perosak?
Segala-galanya bakal terjawab di dalam Anaknya Anakku Jua.
:

+
-

Testimoni Pembeli Novel:

NOOR HAZWANI  (Monday, 19 December 2011)
Rating: 0
sedih dan menarik dibaca tau...mengalir air mata tau


eizmaa89  (Sunday, 30 October 2011)
Rating: 5
Kawan kate crite nie xl0gik.. tp bagi saye, crite nie sgt logik.. kaLau saye ditempt Nisa', saye juga akn wat ape yg Nisa' wat... =)


sitisafura70@yahoo.com  (Sunday, 11 September 2011)
Rating: 4
Ceritanya menyeronokkan. Yelah mana ada orang sanggup menjaga anak bekas kekasihnya, dengan begitu sempurna sekali. Bacalah novel. Rugi kalau anda
tidak membacanya.


adah88  (Friday, 05 August 2011)
Rating: 5
umm..dh baca kelmarin..best sgt..tahniah kpd penulis coz mwujudkan sedikit kelainan cerita brbanding novel2 lain..truskan berkarya..gud luck @_@


anima  (Thursday, 16 June 2011)
Rating: 1
kelihatan cerita ini macam seronok. saya teringin hendak membelinya. jika saya cukup kewangan nanti, insyaallah, saya akan membelinya di kedai buku
yang berhampiran. saya juga berharap agar suatu hari nanti pihak kaki novel menghadiahkan saya sebuah novel yang baru! hehe.. *__*



Notice: Use of undefined constant _MORE - assumed '_MORE' in /home/kakinovel/domains/kakinovel.com/public_html/components/com_virtuemart/themes/vm_mynxx/templates/common/reviews.tpl.php on line 44
_MORE

Login Ahli


bgmoduletableh3

Kupilih_Hatimu_52302185153d1Mr___Mrs_52301edf0e86cActually__I_Love_523023f8b725dSetiaku_Untukmu_5254b81405c24Menantu_Datin_Iz_5254b6b37acfcTika_Cinta_Bersu_5254b477a70d1

Pembayaran

Untuk pembelian novel, sila membuat pembayaran ke salah satu akaun bank kami di bawah :

acc_baru

nmk3

manuskrip

rght_bn_pengu


R-FCBOOK

twitkn

knblggr


kanan_bn1