Gelora

Gelora

RM17.00
Stok-penuh_copy
ISBN: 978-967-5067-82-2
HARGA SEMENANJUNG: RM 17.00 AHLI KN: RM 13.00
HARGA SABAH/SARAWAK: RM 20.00 AHLI KN: RM 16.00



Adam  dijadikan sebagai anak angkat oleh Dato’ Mustaffa setelah ayahnya yang bekerja di syarikat Dato’ Mustaffa terbunuh di dalam satu nahas pesawat. Setelah menganakangkatkan Adam yang ketika itu berusia enam tahun, isteri Dato’ Mustaffa akhirnya mengandung dan melahirkan Mila Nur Adam.

Meningkat dewasa, Adam menjadi orang harapan Dato’ Mustaffa dalam menerajui Firma Perkasa. Adam menjadikan Firma Perkasa sebuah syarikat yang disegani di kalangan ahli-ahi korporat. Malangnya Mila pula merasakan kehadiran Adam membayangi hidupnya.

Jarak umur memisahkan Mila dan Adam. Adam bagakan seorang abang yang sentiasa melindungi dan ingin memastikan adik perempuannya menjadi seorang gadis yang sempurna. Pergerakan dan pergaulan Mila sentiasa dikawal. Sebagai seorang gadis remaja, Mila merasa diri terkongkong apabila setiap kesilapannya sentiasa dihitung oleh Adam. Mila merasa tertindas. Dia merasakan Adam seolah-olah ingin merampas kedudukannya di sisi Dato’ Mustaffa dan semua itu akhirnya melahirkan bibit-bibit kebencian di hatinya terhadap Adam.

Tidak berdaya dan ingin bebas dari cengkaman Adam, Mila menyambung pelajarannya ke luar negara dan hanya kembali selepas lima tahun kemudian. Dia berusaha menyaingi Adam dan menjadi orang baru yang tidak mungkin lagi diperkotak-katikkan oleh Adam. Namun Adam tetap seperti dulu – berkarisma, kental dan sukar digugat. Kegagalan Mila untuk mengatasi Adam dan merampas kembali teraju Firma Perkasa membuatkan perasaan dendam dan rasa bencinya terhadap lelaki itu kian membara.

Tanpa pengetahuan Mila, ayahnya telah merancang untuk menyatukan dia dan Adam di dalam sebuah perkahwinan. Mila membantah, tetapi demi kesihatan ayahnya dan juga kerana ingin mempertahankan haknya daripada jatuh ke tangan Adam, Mila akhirnya rela memperjudikan nasibnya dengan berkahwin dengan Adam yang dianggap bagaikan duri di dalam daging.

Bagi Adam, perkahwinan di antara dia dan Mila umpama mimpi menjadi nyata. Namun rumah tangga mereka bagaikan bahtera yang tidak henti-henti dilanda badai. Mila sentiasa dengan kerenah yang mencengkam perasaan. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan. Rasa sangsi dan ketidakpercayaan beraja di hati. Tiada kasih yang disemai di istana mereka. Segalanya gersang. Adam hanyalah suami pada nama. Mengharap kasih bagaikan menunggu buah yang tidak mungkin gugur. Tetapi demi kasih yang terpendam sekian lama, Adam bertahan. Namun kesabaran manusia ada batasnya. Benteng kesabaran Adam akhirnya roboh ditunda Mila. Demi kebahagiaan Mila, Adam mengundur diri dan meninggalkan segala-galanya.
Malangnya setelah kehilangan Adam, barulah Mila menyedari kesilapannya selama ini. Barulah dia sedar bahawa lelaki yang dibencinya selama ini adalah satu-satunya lelaki yang benar-benar mencintainya. Akibat khianat, fitnah dan hasad dengki orang ketiga, dia jadi buta hati. Dia menyesal kerana sikap buruknya selama ini terhadap Adam. Malangnya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Perasaan cinta yang tiba-tiba saja meluap-luap terhadap Adam kini membakar diri. Tanpa Adam dunianya hambar. Namun sudah terlambat untuknya berpatah balik. Nasi sudah menjadi bubur. Adam yang dituduhnya bersikap tamak, ingin menjulang nama menjadi raja telah pergi sehelai sepinggang….
:

+
-

Testimoni Pembeli Novel:

zurra  (Thursday, 14 February 2013)
Rating: 2
Bg sy novel nie biasa2 aje, wlu camne pn tahniah pd penulis.


t.a.t.a  (Wednesday, 03 October 2012)
Rating: 3
Saya sudah lama tidak membaca novel bahasa melayu. Kerana pengaruh Adam & Hawa, kakak saya mula meminjam novel dari kakak sulung saya. Saya yang
menjadi supir. Tukang angkut buku dari pejabat ke rumah. rnrnSemalam saya ambil lagi 3 buah novel. Antaranya Isteri Separuh Masa. Selepas membaca
sinopsisnya, saya jadi tertarik untuk baca keseluruhan novel. rnrnSecara keseluruhan nya saya agak kecewa dengan novel ini. Yang ketara adalah, tiada
langsung watak ganti diri lain selain Wani. Asyik aku, aku, aku dan aku. Tiada watak di mana Nazrin mula sedar yang dia jatuh cinta pada Wani. Macam
mana gambaran perasaan dia pada Wani. Apa pendapat dia tentang kehidupan nya yang dipaksa kahwin. Tiada.rnrnBegitu juga dengan watak-watak yang lain
seperti nenek, mama, papa dan Mak Timah. Tiada gambaran akan diri dan perasaan mereka. Watak itu seperti watak yang mesti ada, tapi tak perlu kenal
lebih lanjut. Jika tidak silap saya dialog Uncle Haidi juga tiada. Sepatutnya diadakan sedikit kerana dia lah punca kes kahwin paksa ini berlaku.
Ceritakan bagaimana perasaan dia ketika menghadapi perkara itu. Macam mana kehidupan dia sekarang. Tapi.. tiada.rnrnJalan ceritanya terlalu cepat
berlalu. Ketika bab 4 tahun berlalu, saya sudah rasa kebosanan. Saya nampak penulis seperti tidak sabar hendak menamatkan kisah ini. Tidak sabar
hendak memberi tahu kesudahannya. Saya pun tidak sabar juga hendak menamatkan pembacaan.rnrnHanya 3 jam diambil untuk menghabiskan novel ini, saya
kategorikan nya sebagai novel tiada-ulang-baca. Tidak seronok untuk diulang baca lagi.rnrnApa pun saya puji dialog-dialog bahasa Inggeris nya.
Bersesuaian dengan keadaan dan situasi. Penulis tidak menunjukkan yang dialog-dialog itu satu tampalan sahaja, seperti “aku nak tunjuk yang aku juga
tahu berbahasa Inggeris.” Tidak. Dialog itu menunjukkan yang penulis memang fasih berbahasa Inggeris. Apapun syabas kepada penulis.rn


darna  (Tuesday, 27 March 2012)
Rating: 3
jalan cerita menarik...


shahidatul cdout  (Friday, 17 February 2012)
Rating: 4
mcm mana nk buat pmbyrn melalui bank ?? nk amik numb acc maybank ke numb isbn 2??


NOOR HAZWANI  (Monday, 19 December 2011)
Rating: 1
best...tapi watak boleh dikembangkan lg tu....



Notice: Use of undefined constant _MORE - assumed '_MORE' in /home/kakinovel/domains/kakinovel.com/public_html/components/com_virtuemart/themes/vm_mynxx/templates/common/reviews.tpl.php on line 44
_MORE

Login Ahli


bgmoduletableh3

Kupilih_Hatimu_52302185153d1Mr___Mrs_52301edf0e86cActually__I_Love_523023f8b725dSetiaku_Untukmu_5254b81405c24Menantu_Datin_Iz_5254b6b37acfcTika_Cinta_Bersu_5254b477a70d1

Pembayaran

Untuk pembelian novel, sila membuat pembayaran ke salah satu akaun bank kami di bawah :

acc_baru

nmk3

manuskrip

rght_bn_pengu


R-FCBOOK

twitkn

knblggr


kanan_bn1